Banner Sistem BKNS

MUKA DEPAN | IKLAN | SYARAT-SYARAT PERJANJIAN|SYARAT-SYARAT PERMOHONAN|SYARAT-SYARAT BIASISWA| ELAUN BIASISWA |

|UNIVERSITI DALAM DAN LUAR NEGARA |


 

BIASISWA PEGAWAI KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2021

Syarat-syarat Perjanjian Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri

Perjanjian Biasiswa adalah diantara Pegawai Kerajaan dan Kerajaan Negeri Sabah yang tertakluk kepada terma ikatan perjanjian seperti berikut:

  • Pernyataan butiran penting yang terdapat dalam surat tawaran universiti seperti nama ijazah, bidang pengajian, kursus, tempoh pengajian dan tempat pengajian.

 

  • Mengemukakan dua (2) orang penjamin termasuk nama penjamin, pekerjaan penjamin serta tandatangan penjamin-penjamin berkenaan.
  • Pegawai Kerajaan adalah terikat dengan bond kerajaan seperti yang dipersetujui oleh Majlis.

 

Tempoh Pengajian

Tempoh berkhidmat

1 hingga 2 tahun

3 tahun

2 hingga 3 tahun

5 tahun

3 hingga 4 tahun

6 tahun

4 tahun dan keatas

8 tahun

  • Pegawai hendaklah berusaha mencapai keputusan yang baik sepanjang pengajian. Sekiranya pegawai tidak memperolehi keputusan yang bagus untuk meneruskan pengajian, pegawai hendaklah memberikan sebab munasabah kepada Seksyen Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan.

 

  • Tajaan biasiswa akan ditarik balik dengan serta merta jika pegawai didapati:
  • Kandas dalam peperiksaan kali kedua.
  • Menyalahgunakan tawaran biasiswa untuk kepentingan peribadi atau keluarga.
  • Terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • Pengajian pelajar diberhentikan oleh pihak Universiti atas sebab-sebab berikut:
    • Keputusan akademik gagal dan diberhentikan
    • Tindakan tatatertib diambil keatas pelajar danĀ  diberhentikan.
  • Dihadapkan kemuka pengadilan kerana terlibat dengan jenayah dan didapati bersalah oleh pihak kehakiman di negara berkenaan.
  • Melibatkan diri dalam ajaran-ajaran sesat.
  • Tidak dapat dihubungi oleh pihak biasiswa.
  • Tidak mengemukakan keputusan peperiksaaan kepada Seksyen Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
  • Menamatkan pengajian LEBIH AWAL daripada tempoh yang ditawarkan.
  • Pegawai yang mengambil Pengajian Sarjana Ijazah Falsafah (Ph.D) GAGAL mengemukakan Laporan Penilaian Projek daripada Penyelia Utama Penyelidikan kepada Seksyen Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
  • Terlibat bidang politik, pelanggaran undang-undang dan Akta Rahsia Rasmi.

 

  • Seseorang pegawai yang gagal dalam peperiksaan boleh dikenakanĀ  tindakan penalti dalam bentuk bayaran bond.
  • Tatatertib (Kawalan/Tanggungjawab)

 

  • Pegawai Kerajaan akan sentiasa tertakluk kepada kawalan kelakuan dan tataterib yang diperuntukkan Bahagian V Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
  • Pegawai Kerajaan dilarang terlibat dalam mana-mana kes jenayah atau politik atau salahlaku yang akan mencemarkan nama baik kerajaan dan Negara.

 

  • Pegawai Kerajaan tidak dibenarkan mengambil bahagian didalam sebarang kegiatan yang difikirkan oleh Kerajaan Sabah tidak selaras dengan kepentingan pelajar atau kepentingan Negeri Sabah dan Negara Malaysia amnya. Jika pelajar didapati mengambil bahagian didalam aktiviti sedemikian, biasiswa pelajar berkenaan akan ditarik balik dengan serta merta.

 

 


Hakcipta Terpelihara © 2016 Seksyen Biasiswa Kerajaan Negeri,
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tingkat 1-5, Wisma Perindustrian,
Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-260 161 Faks: 088-256 161