Banner Sistem Biasiswa pegawai kerajaan

MUKA DEPAN | IKLAN | SYARAT-SYARAT PERJANJIAN|SYARAT-SYARAT PERMOHONAN|SYARAT-SYARAT BIASISWA| ELAUN BIASISWA |

|UNIVERSITI DALAM DAN LUAR NEGARA |

SYARAT-SYARAT BIASISWA
PEGAWAI KERAJAAN NEGERI SABAH

 

Penjawat Awam Negeri Sabah yang berjaya ditawarkan Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah dan bersetuju untuk ditaja oleh Kerajaan Negeri Sabah adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Syarat-syarat Penarikan Biasiswa
  1. Pegawai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  2. Pegawai terlibat bidang politik, pelanggaran undang-undang dan Akta Rahsia Rasmi.
  3. Tindakan tatatertib diambil keatas pelajar dan digantung atau diberhentikan oleh pihak Universiti.
  4. Dihadapkan kemuka pengadilan kerana terlibat dengan jenayah dan didapati bersalah oleh pihak kehakiman di negara berkenaan.
  5. Melibatkan diri dalam ajaran-ajaran sesat.
  6. Keputusan akademik gagal dan diberhentikan.
  7. Pelajar tidak dapat dihubungi oleh pihak biasiswa.
  8. Pelajar tidak mengemukakan keputusan peperiksaaan kepada Seksyen Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
  9. Pegawai yang mengambil Pengajian Sarjana Ijazah Falsafah (Ph.D) GAGAL mengemukakan Laporan Penilaian Projek daripada Penyelia Utama Penyelidikan kepada Seksyen Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
  10. Pelajar berjaya menamatkan pengajian LEBIH AWAL daripada tempoh yang ditawarkan

 

(b) Pegawai menarik diri atas sebab kesihatan.
  1. Pengerusi menetapkan pegawai yang menarik diri atas sebab kesihatan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.
  2. Jika pegawai menarik diri dari meneruskan kursus tanpa kebenaran Setiausaha Kerajaan Negeri dan bukan atas sebab kesihatan, maka segala perbelanjaan yang telah dihulurkan sepanjang kursus akan dituntut pembayaran balik kepada Kerajaan.

 

(c) Syarat-syarat penangguhan Biasiswa
  1. Penangguhan biasiswa hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN).
  2. Sebab-sebab penangguhan yang dibenarkan: bersalin, sakit dan menjaga keluarga terdekat yang sakit.
  3. Tempoh maksima penangguhan biasiswa ditetapkan selama dua (2) tahun.
  4. Semua elaun tidak akan dibayar dalam tempoh penangguhan.

 

(d) Pelanjutan Biasiswa
  1. Pelanjutan biasiswa hanya boleh dipertimbangkan sekali sahaja sepanjang pengajian.

 

 


Hakcipta Terpelihara © 2016 Seksyen Biasiswa Kerajaan Negeri,
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Tingkat 1-5, Wisma Perindustrian,
Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-260 161 Faks: 088-256 161